CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Let's Search

Loading...

Thursday, December 11, 2014

December 2014

Last month here. Counting days bila nak habis intern ni. Rasa xsabar. Rasa xnak cepat habis sebab project xsiap lg. Tp nak cepat habis. Pening dengan rasaku ini. Haha. Still have bundle work to do. Berbundle bundle. Tak tahu mana satu nak setle. Kerja banyak. tp sempat lg update blog sebab rasa blog ni dah berhabuk sangat. Hari ni mood nak buat apa-apa kerja xada. Seminggu ni I have no mood to anything. Datang office lemau je rasa. I need a rest. I have no strength at all. Nak cuti. Nak tenang kan fikiran. Fikiran serabut. Tapi tapi tapi final project xsiap lagi. Sabar lah wahai hati. Sikit je lagi nak sampai penghujung. Keep calm fieza.Senyum walau ada kelukaan sedikit kerana orang yang senyum dalam kelukakaan adalah orang yg tabah.. #imisshimalot


Wednesday, September 10, 2014

Ehh da 2014??

It is a long time since my last update. Almost one year i never update anything. Okey first of all, dalam tahun 2014 ni, there is a lot of things I've been going through. Hard times, fun times and bla bla bla.  Now da bulan Sept. sekejap je masa berlalu. Tahun ni I'm a very happy person. Because?? I'm engaged! with the one I love on 1st May 2014. Seronok kan bila dengar dah tunang. Ehh best ko nye da tunang. Mesti kawan2 ramai ckp mcm tu kan. Best memang best. Tapi.. uolls kena ingat, tunang ni darah manis. Macam2 boleh jadi. Dugaan datang bertimpa-timpa. Kadang rasa give up sgt. But, sabar tu penting. Bila ada masalah settle dgn cara baik. Kami rancang nak langsung tahun depan. Bulan 2. Insyaallah klo jodoh kami panjang. Berdoa byk2 semoga diperkuat kan jodoh kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon perlindunganMU..
dari gangguan syaitan dan iblis
dari perasaan benci dan syak wasangka
dari khianat dan hasad dengki manusia
Kami memohon pelihara dariMU Ya Allah..
agar hubungan ini
kekal bahagia
hingga ke syurga..

Ameen..

Tiada rasa KETABAHAN tanpa ujian
Tiada rasa KEHAMBAAN tanpa keresahan
Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kepayahan
Moga ALLAH memberi kekuatan dalam keperitan..

 




Sunday, October 20, 2013

Homemade Bantal Felt for Him

Tengok tajuk entry nampak mcm sweet2 je kan? Memang sweet pon. Haha. Today I've made bantal felt for him. Tiba-tiba dapat idea plak nak buat benda la ni as a gift for him. Tak lama lagi dia nak pergi jauh. So rasa nak bg something. Fikir punya fikir keluar plak idea ni. Macam menarik coz dulu mmbe penah buat benda ni nak bg kat someone. Tiru la idea dia tu. Hihihi. Benda ni nampak mcm senang je nak buat. Tapi sebenarnye leceh. Klo tangan xde seni buat memang jahanam. Memang kena buat ngan penuh kesabaran la. Mau makan masa berjam jam jugak la buat ni. Assignment pon mmg tgh melambak lambak. So kena curik2 masa cket la nak buat bantal felt ni. Then, ni la hasil kerja lepas berjam jam mengadap. First try..Haha.

First2 kena jahit tepi2 kain felt ni. Guna jahitan insang pari taw.
 Nasib baek subjek KH dulu ade blaja. haha

Pastu guna la kain felt warna lain nak buat huruf atas tu. 
Merah hitam gitu i guna. Kerlass. haha

Ni la hasilnya lepas berjam jam ngadap benda ni. Comel kan?? HAHA

Akhirnya siap jugak bantal felt ni. Tinggal nak bagi je kat dia. Mau tak lenguh pinggang buat ni. Duduk je ngadap benda ni da berjam jam. Tapi xapa..Seronok jugak buat ni. Lagi2 buat tuk yang tersayang kan,.Tak rasa penatnya tu. Cewaahh.. Nampak poyo cket ayat ni. Haha. Pasni rasa boley la buat lg benda ni. Bukak bisness lak. haha













Thursday, October 17, 2013

~Kamsahamnida (Thank you)~

"One day, you'll meet someone who doesn't care about your past because they want to be with you in your future"

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah

Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu

Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya

Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia

Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga..

Really love this song. Dedicated this song especially for someone that are really mean to me. I don't know why i love him. Yeah..seriously i love him. Love him for no reason. Sayang bukan terletak pada mulut, tapi dari hati yang ikhlas. Cewwahh..bermadah gituu. Actually, kalau tengok lirik lagu ni memang mendalam maknanya. Try hayati nye. Memang layan.. Cehh jiwang plak aku kan. Sejak bila aku layan jiwang ni. =,="

Mata Lalat dan Mata Lebah

~Artikel from iluvislam.com~
“Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi.” – Ustaz Kazim Elias
Lalat merayau-rayau mencari sesuatu untuk disantap, tidak kira apa yang terdedah di situlah lalat datang bertandang. Najis, makanan basi, mahupun ikan busuk semuanya lalat hinggap. Apa yang penting dapat makanan.
Lebah merayau-rayau di sebalik pepohonan mencari bunga-bunga segar yang kembang segar di waktu pagi.
“Cantik sungguh bunga matahari, bunga ros dan macam-macam bunga lagi yang dihinggapnya. Ah, mencari madu rupanya.”
Sudahlah hinggap di tempat yang cantik, dapat manisan pula. Indahnya kehidupan si lebah.
Pernahkah kita fikir kenapa Allah ciptakan kedua-dua makhluk ini?
Keduanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dianggap unik. Jika mata kita diumpamakan seperti mata lalat dan mata lebah, maka yang mana satu jadi pilihan sahabat sekalian?
Pastinya lebah, bukan?
Orang yang tidak baik dan berhati busuk, matanya samalah seperti mata lalat. Sentiasa mencari benda-benda yang buruk, negatif dan tidak sedap dipandang mata. Ada saja yang tak kena pada pandangannya.
Manakala orang yang baik dan optimis, pastinya umpama lebah. Sentiasa mencari kebaikan dalam hidupnya. Walaupun sesuatu perkara tidak baik yang jelas pada pandangan matanya namun pastinya ia akan tetap jadi baik dengan sifat khusnuzon yang ada padanya. Pendek kata semua perkara nampak baik dan indah
Mari jadikan mata zahir dan mata hati kita seperti lebah yang melihat semua benda yang baik-baik sahaja. Semua akan nampak baik jika kita khusnuzon (bersangka baik). Setiap kejadian yang baik mahu pun buruk ada sebabnya yang tersendiri.
Salam Ramadhan mubarak. Semoga apa yang kita lalui pada Ramadhan kali ini adalah suatu yang lebih baik dan menjadi yang terbaik yang pernah kita lalui.

Yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk semestinya datang dari kekhilafan kita sendiri.

Jodoh itu rahsia Allah



~Artikel from iluvislam.com~
Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya.
Pada satu petang, aku kesunyian tinggal seorang diri di dalam rumah. Ku capai laptop dan online facebook. Ada seseorang yang seperti pernah aku jumpa sebelum ini ingin berkenalan denganku. Setelah lama ku renung nampak  seperti kawan lama sekolahku. Lalu aku ‘approve’ dia sebagai kawan.
Tak lama kemudian dia menyapa di ruangan chat. Memandangkan  sendirian aku melayan ‘kawan lama’ itu berbual. Apabila tiba waktu maghrib dia meminta izin untuk solat dahulu. Dalam hatiku terdetik, bagusnya ‘kawanku’ ini. Usai solat kami sambung berbual. Dengan perencanaan Allah, kami ada ‘reunion’ dua hari selepas berbual di fb. Entah kenapa hatiku teruja untuk pergi ke ‘reunion’ sedangkan waktu itu kawan yang menguruskan ‘reunion’ bukanlah kawan rapatku. Aku sms beberapa kenalan rapat mengajak pergi ke ‘reunion’tapi tiada seorang pun yang bersetuju. Masing-masing ada urusan petang itu. Dengan perasaan hampa, aku tidur.
Dalam hatiku tertanya-tanya kenapa aku begitu teringin pergi ‘reunion’ seperti ada magnet yang menarik. Lewat petang itu, aku terima sms yang mengajak aku pergi ke ‘reunion’. Dengan perasaan gembira aku bersiap ala kadar untuk berjumpa kawan lama di warung ABC. Kawan-kawanku sibuk menceritakan persiapan mereka untuk mendirikan rumahtangga, aku diam seribu bahasa. Aku tiada perancangan untuk berkahwin apatah lagi teman istimewa pun aku tiada.
Hampir waktu maghrib aku tiba di rumah. Malam itu aku online fb seperti biasa. ‘Kawan lama’ tegur aku dan bertanya kenapa diam sahaja ketika ‘reunion’ tadi. Setelah berbual, dia bertanya akan statusku…. dengan tenang aku menjawab masih ‘single’.
‘Kawan lama’ terus melamar aku untuk menjadi teman istimewanya. Aku terkesima. Berbekalkan gerak hati, aku bersetuju dengan syarat dia boleh terima diriku seadanya dan tidak berjumpa berdua-duaan. Aku teringat kata-kata seorang senior dalam usrah ketika zaman belajar dahulu agar jaga batas pergaulan ketika couplekerana ia akan mencorakkan sedikit sebanyak akhlak anak kita nanti. Seseorang itu dibentuk dan dididik sejak zaman percintaan ibu bapanya lagi.
‘Kawan lama’ juga bersetuju dengan syarat yang telah aku berikan..
Sebelum tidur, aku terfikir betulkah tindakan yang aku lakukan ini? Dengan doa istikharah aku mohon diberikan petunjuk. Keesokkan harinya aku bangun tidur dan hatiku tenang. Kukira inilah jawapan Allah.
Aku minta pada ‘kawan lama’ supaya minta izin ibu bapanya sebelum meneruskan niat  untuk mengenaliku lebih dalam… begitu juga dengan diriku. Setelah kedua belah pihak memberi restu kami teruskan proses perkenalan ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
No dating’ walaupun rumah kami hanya dua minit. Tapi aku tidak kenal di mana sebenarnya rumah ‘kawan lama’ aku walaupun kami sekampung. Aku berkongsi mutiara kata dan email-email menarik untuk kami jadikan motivasi dan panduan dalam hidup.
Hampir setahun berkenalan, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri perkenalan ini dengan ikatan yang sah. Aku tidak impikan majlis pertunangan, cukup sekadar ibunya menghantar sebentuk cincin sebagai tanda. Dalam tempoh 4 bulan bertunang, kami diuji.
Tanggal 2 Jun kami sah sebagai suami dan isteri. Paling tidak disangka, rumah yang pernah aku tumpang untuk reverse kereta dulu adalah rumah suamiku. Waktu reverse kereta hatiku terdetik kalaulah rumah ini buat kenduri mesti senang kerana kawasannya yang lapang.
Kini dia menjadi suamiku dan kami dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah kami bahagia meskipun diuji dengan tinggal berasingan dan hanya berjumpa di hujung minggu.
‘Kawan lama’ ini sebenarnya adalah rakan sekelas sejak  darjah 1.
Allah Maha Besar, ‘kawan lama’ ingat aku disebabkan pernah dimarahi ketika darjah 1 dulu.  Bila aku fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.

Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.
zaman sekolah rendah4

Thursday, December 6, 2012

Finally.. Alhamdulillah :D

Alhamdulillah thanks to Allah finally i am officially Diploma holder.. Pejam celik pejam celik da lebih 3 tahun da aku habes diploma ni. And now, i become a Bachelor of Science in Record Management. Da jadik student dgree plak skang. Macam tak percaya je kan. Cepat je masa tu berlalu. Sekarang aku da officially diploma holder lepas je convocation aku 28/11/2012 ari tu. Seronok tak terkire la. Yela da konvo katekan. First time konvo kot. Greatest moment in my life. *Big Smile :D Tapi time konvo ari tu jeles gak tengok mmbe2 sume dpt bunga, tp aku xde dpt satu bunge pon.sdeyy kot. Tp wa xde hal. Even xdpt bunge pon ade nye parents aku yang dtg time konvo tu pon da ckup buat aku hepy. Tak pee konvo dgree ade lg. Banyak lg mase nak crik org bg bunga time konvo tu t. HAHA *Gatal siot aku ni. Xpee gurau sahaje. Bunga xpenting pon..Yang penting family and parents aku ade time aku konvo. Kenangan kot sume tu. Lets check out some pictures of my graduatian day..!
Kami da GRAD..!Bangga siot..
Ape pasal dgn aku tuu..Gembra sgt tu.
Yeahh...!!
Bersama Mak n Ayah tersyang..!