CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Let's Search

Loading...

Monday, January 16, 2012

Jom makan kolagen!


Jom la kita beramai-ramai makan kolagen bagi mencantikkan kulit! Hehehe..
Tak yah beli produk kolagen yang mahal-mahal, cukuplah dengan makan biskut MUNCHY’S WHEAT KRUNCH with COLLAGEN ni. Murah je. Beli la yang pek besar baru 7 hengget je. 1 pek kecil ade 4 keping biskut. 4 keping biskut bersamaan 1200mg kolagen didalamnya. Okey lah tu..Bagus sebenarnya makan kolagen ni.Banyak kelebihannye.

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan da kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta member kesegaran pada kulit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif(DDR), Herba Prima Marketing, Datuk Dr Che Rozmey Che Din fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. Ketika usia 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri kerana ia bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.

Wow! Banyak jugak kan kelebihan kolagen ni. Nak amek produk-produk kolagen ni mahal pulak. Takpe lah kita makan je la biskut munchy’s wheat krunch collagen ni. Okey la daripada takde kan..Heheheh=)

No comments:

Post a Comment