
~Artikel from iluvislam.com~
“Janganlah jadi seperti lalat
yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti
lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi.” – Ustaz Kazim Elias
Lalat merayau-rayau mencari sesuatu untuk disantap, tidak kira
apa yang terdedah di situlah lalat datang bertandang. Najis, makanan basi,
mahupun ikan busuk semuanya lalat hinggap. Apa yang penting dapat makanan.
Lebah merayau-rayau di sebalik pepohonan mencari bunga-bunga
segar yang kembang segar di waktu pagi.
“Cantik sungguh bunga matahari, bunga ros dan macam-macam bunga
lagi yang dihinggapnya. Ah, mencari madu rupanya.”
Sudahlah hinggap di tempat yang cantik, dapat manisan pula.
Indahnya kehidupan si lebah.
Pernahkah kita fikir kenapa
Allah ciptakan kedua-dua makhluk ini?
Keduanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dianggap
unik. Jika mata kita diumpamakan seperti mata lalat dan mata lebah, maka yang
mana satu jadi pilihan sahabat sekalian?
Pastinya lebah, bukan?
Orang yang tidak baik dan berhati busuk, matanya samalah seperti
mata lalat. Sentiasa mencari benda-benda yang buruk, negatif dan tidak sedap
dipandang mata. Ada saja yang tak kena pada pandangannya.
Manakala orang yang baik dan optimis, pastinya umpama lebah.
Sentiasa mencari kebaikan dalam hidupnya. Walaupun sesuatu perkara tidak baik
yang jelas pada pandangan matanya namun pastinya ia akan tetap jadi baik dengan
sifat khusnuzon yang ada padanya. Pendek kata semua perkara nampak baik dan indah
Mari jadikan mata zahir dan
mata hati kita seperti lebah yang melihat semua benda yang baik-baik sahaja.
Semua akan nampak baik jika kita khusnuzon (bersangka baik). Setiap kejadian
yang baik mahu pun buruk ada sebabnya yang tersendiri.
Salam Ramadhan mubarak. Semoga apa yang kita lalui pada Ramadhan
kali ini adalah suatu yang lebih baik dan menjadi yang terbaik yang pernah kita
lalui.
Yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk semestinya
datang dari kekhilafan kita sendiri.
No comments:
Post a Comment